Tuesday 29 November 2011

Soalan Ujian Pemahaman akhir tahun 2011 Percubaan pengajaran TMK BM melalui bloger...

Sila dapatkan soalan bergambar di link berikut (klik di sini dan print soalan) hantarkan jawapan ke email cikgu di alamat berikut mawar041262@siswa.upsi.edu.my selamat mencuba. (sesiapa yang mencuba menyudahkan soalan ini dan menghantarnya kepada cikgu melalui email hadiah istimewa dari cikgu akan menyusul di awal sesi  persekolahan 2012. Minta batuan ibu bapa anda jika menghadapi sebarang masalah atau terus berhubung dengan cikgu melalui facebook atau email...


BAHASA MELAYU 1 (PEMAHAMAN)
TAHUN 5
(MASA : 50 MINIT)

NAMA : ________________________ TARIKH : _____________
TAHUN : _________________________ MARKAH : _____________
»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»

Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A,B dan C atau empat pilihan jawapan A,B,C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga soalan 30
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1.




Gambar 1
Untuk soalan bergambar "KLIK"



Pada setiap petang, Ali mengayuh ____________________ ke padang.
A basikal C beca
B motosikal D sampan

2. Ana membaca __________________ yang dihantar oleh kakaknya dari luar negara
melalui internet.
A surat C mel elektronik
B poskad D telegram

3. Ibu membawa saya ke ________________ untuk mendapatkan rawatan kerana
demam.
A sekolah C pejabat
B klinik D perpustakaan

4. Ayahnya pernah bekerja sebagai _________________ di Sekolah Kebangsaan
Taman Indah.
A penyanyi C peguam
B guru D doktor

5. Suhaila dan keluarganya akan ke _________________ untuk melihat pelbagai
spesis haiwan.
A Zoo Negara C Taman Rama-rama
B Taman Burung D Taman Buaya

Soalan 6 berdasarkan Gambar 2.



Gambar 2
Untuk soalan bergambar "KLIK"




6. _______________________ sesak dengan kenderaan apabila orang ramai pulang
ke kampung sempena cuti sekolah.
A Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
B Perhentian Pudu Raya
C Lebuh Raya Utara Selatan
D Stesen Bas Klang

7. Sekolah Kebangsaan Jalan Permata akan mengadakan lawatan ke _______________
untuk mengetahui sejarah silam negara.
A Istana Budaya C Muzium Negara
B Pasar Seni D Zoo Negara



Soalan 8 berdasarkan Gambar 3



Gambar 3
Untuk soalan bergambar "KLIK"



8. “Bilakah _____________ akan datang ke rumah saya?”, tanya Abu kepada kawan-
kawannya.
A mereka C kalian
B saya D anda
9. ________________ perlu berhati-hati pada setiap masa semasa melintas jalan.
A Patik C Kita
B Daku D Beta

10. Saya dan Zali tinggal berjiran tetapi _______________ jarang dapat bersua
kerana kesibukkan tugas.
A kita C kalian
B kami D kamu

Soalan 11 berdasarkan Gambar 4.




Gambar 4
Untuk soalan bergambar "KLIK"


11. _____________ sekolah baru Razak. Di ___________ lah dia belajar sekarang.
A Ini ................ situ C Ini .................. sana
B Itu ............... sini D Itu ................. situ

12. Rumah ______________ terpaksa dirobohkan kerana dibina tanpa kelulusan pihak
berkuasa.
A sini C sana
B situ D ini


Soalan 13 berdasarkan Gambar 5.



Gambar 5
Untuk soalan bergambar "KLIK"


13. Suraya memanfaatkan _______________ masa yang terluang dengan membantu
ibunya membuat kerja rumah.
A bila-bila C mana-mana
B apa-apa D siapa-siapa

14. Semua pakaian ini cantik. Pilihlah _________________ yang adik suka.
A mana-mana C apa-apa
B siapa-siapa D bila-bila

15. _________________ keadaan cuaca di kawasan Pantai Timur akhir-akhir ini?
A Bilakah C Mengapakah
B Apakah D Bagaimanakah

16. Bola yang disepak adik __________________ ke dalam longkang itu.
A berjatuh C dijatuhkan
B jatuh D terjatuh

17. Golongan muda suka ________________ di pusat beli-belah itu pada hujung
minggu.
A berlepak C melepak
B lepak D melepakkan

Soalan 18 berdasarkan Gambar 6.



Gambar 6
Untuk soalan bergambar "KLIK"




18. Seekor monyet kelihatan _________________ pada dahan pokok yang rendang itu.
A gayut C berlari
B bergayutan D terduduk

Soalan 19 berdasarkan Gambar 7.




Gambar 7
Untuk soalan bergambar "KLIK"



19. Kapal itu sudah __________________ di pelabuhan negara ini.
A berlabuh C berlepas
B mendarat D bertolak

20. Budak itu sentiasa ____________________ apabila berada di jalan raya.
A berhati-hati C berangan-angan
B bersuka-sukaan D berkejar-kejaran

Soalan 21 berdasarkan Gambar 8.




Gambar 8
Untuk soalan bergambar "KLIK"





21. Beberapa helai daun pokok ___________________ apabila ditiup angin.
A berterbangan C berguguran
B bertaburan D bergerakan

22. Sampah-sarap _________________ di tepi longkang itu berbau busuk sekali.
A timbun C bertimbun
B timbunan D menimbun

Soalan 23 berdasarkan Gambar 9.




Gambar 9
Untuk soalan bergambar "KLIK"



23. Salleh ___________________ tubuhnya dengan kain kerana kesejukan.
A menambat C melilit
B membalut D mengikat

Soalan 24 berdasarkan Gambar 10.




Gambar 10
Untuk soalan bergambar "KLIK"



24. Ziana dan Wee berjalan ____________________ menuju ke sekolah.
A berundur C berlari
B berbaris D beriringan

25. Halim dan Mansur berbual ____________________ larut malam.
A kerana C supaya
B jika D hingga

26. Mereka diberi pilihan untuk duduk di sini ___________________ di sana.
A tetapi C atau
B dan D jika

27. Raju bukan sahaja seorang yang pemalu ___________________ pendiam.
A tetapi C serta
B dan D sambil

28. Ramli memakai cermin mata untuk mengatasi masalah _________________nya.
A gagap C rabun
B pekak D sakit

29. Rumah saya terletak amat _________________ dengan balai polis.
A luas C sempit
B dekat D kecil

30. Aliran air sungai itu menjadi __________________ apabila hujan lebat.
A amat deras C sangat laju
B pantas sekali D cepat nian

Soalan 31 hingga soalan 35
Kok Keong : Eh Azri! Lama betul kita tak berjumpa. Apa Khabar?
Azri : Saya sihat. Kamu pula bagaimana?
Kok Keong : Setakat ini, saya baik-baik saja. Kamu dari mana?
Azri : Saya baru balik dari bandar. Saya ke sana kerana hendak membeli buku-
buku di kedai buku. Buku rujukan Sains ini saya beli tadi. Buku rujukan
Bahasa Melayu pun ada juga saya beli. Sambil-sambil itu, saya turut
membeli beberapa alat tulis.
Kok Keong : Berapa harga untuk semua buku ini?
Azri : Harganya tidaklah mahal sangat. Lagipun kedai buku itu menawarkan
diskaun tadi.
Kok Keong : Jika begitu, beruntunglah kamu. Saya pun baru sahaja membeli buku-
buku rujukan. Kalau kamu ada masa lapang, datanglah ke rumah saya. Bolehlah kita belajar bersama-sama. Lagipun, sudah lama saya tidak mendengar cerita tentang rakan-rakan sekelas kita dahulu.
Azri : Bagus juga cadangan kamu itu. Selepas belajar, bolehlah kita berbual
panjang pula. Tetapi, ibu dan ayah kamu tidak marah nanti?
Kok Keong : Saya akan memberitahu ibu dan ayah saya untuk mendapat keizinan.
Tentu mereka tidak kisah kalau kita menelaah pelajaran bersama-sama.
Lagipun, sudah lama kamu tidak datang ke rumah saya sejak saya
berpindah sekolah.
Azri : Kalau begitu, baiklah. Nanti saya akan menelefon kamu semula.
Kok Keong : Baiklah.



Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.



31. Di manakah agaknya Kok Keong bertemu dengan Azri?
A Di sekolah.
B Di kedai buku.
C Di rumah Azri.
D Di perhentian bas.

32. Apakah tujuan Azri ke bandar?
A Membeli alat-alat tulis.
B Pergi ke kedai buku.
C Membeli buku-buku rujukan.
D Bertemu dengan Kok Keong.

33. Azri dan Kok Keong merupakan _______________________
A rakan sekelas.
B sahabat lama.
C teman sekolah.
D teman serumah.

34. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.
A Azri ke bandar untuk membeli buku-buku rujukan dan alat tulis.
B Azri dan Kok Keong penah belajar di sekolah yang sama.
C Kok Keong turut membeli buku-buku rujukan juga.
D Kok Keong mempelawa Azri datang ke rumahnya untuk berbual-bual.

35. Rangkai kata menawarkan diskaun bermaksud _________________
A menyediakan harga baru.
B merendahkan harga tunai.
C mengurangkan harga modal.
D memberikan potongan harga.








Soalan 36 hingga soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jerit-pekik dan kesibukan orang yang lalu-lalang tidak Aizat hiraukan. Bagi Aizat, jika orang ramai, pendapatannya akan bertambah. Aizat melunjurkan kakinya yang membengkak untuk menarik perhatian orang ramai.
Beberapa keping duit syiling dan duit kertas dimasukkan ke dalam kotak. Aizat mengucapkan terima kasih. Pada masa yang sama, Aizat sentiasa memerhatikan kawasan di sekelilingnya. Dia bimbang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat datang.
Aizat tidak mahu dibawa dan ditempatkan di Rumah Kebajikan Masyarakat. Aizat pernah ditangkap dan tinggal di rumah kabajikan tersebut selama dua bulan. Oleh sebab bosan dan tidak sesuai tinggal di situ, lalu Aizat melarikan diri.
“Derma encik ..... kaki saya sakit.....” Ungkapan itu selalu Aizat ulang untuk menarik simpati. Memang ramai yang tidak suka Hassan duduk di sini, tetapi masih ramai lagi yang mudah simpati.
Sudah beberapa jam Aizat di situ. Pendapatan yang Aizat peroleh masih sedikit, baru RM 5.00. Semalam, dalam tempoh yang sama Aizat sudah memperoleh sebanyak RM12.00. “Nampaknya aku kena tunggu lagi”, bisik hatinya.
Tiba-tiba datang seorang pemuda lalu mencangkung di hadapannya. Pemuda itu menasihati Aizat supaya berdikari untuk mengubah nasibnya. “Kaki yang sakit boleh diubati, begitu juga dengan sikap malas berusaha”, kata pemuda itu.
Kata-kata pemuda itu menyedarkan Aizat. “Mengapakah aku
tidak mahu mengubah nasib dengan berusaha tanpa mengharapkan simpati?”



36. Siapakah Aizat?
A Pemuda.
B Peminta sedekah.
C Penghuni Rumah Kebajikan Masyarakat.
D Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

37. Apakah cara yang Aizat gunakan untuk menarik simpati orang ramai?
A Sikapnya yang berbudi bahasa.
B Duduk di tempat orang ramai.
C Menunjukkan kakinya yang sakit.
D Sentiasa mengucapkan terima kasih.



38. Mengapakah Aizat tidak segera pulang?
A Ingin melihat orang ramai.
B Tidak mampu berjalan dengan cepat.
C Wang kutipannya masih belum mencukupi.
D Mahu mendengar nasihat daripada pemuda.

39. Pekerjaan yang Aizat lakukan akan diteruskan selagi
A orang ramai mempunyai banyak wang.
B ramai orang melakukan kerja tersebut.
C simpati masyarakat tidak bertempat.
D orang ramai suka membantu.

40. Apa yang berlaku seterusnya kepada Aizat?
A Aizat berdikari.
B Aizat terus mengemis.
C Aizat mengikut pemuda itu pulang.
D Aizat ditempatkan di Rumah Kebajikan Masyarakat.


KERTAS SOALAN TAMAT

***SEMOGA BERJAYA***

**********************************************************************************




Disediakan oleh : Pn Mawar Murni Bt Che Hanapi
Untuk soalan bergambar "KLIK" sebarang masalah hubungi cikgu mawar041262@siswa.upsi.edu.my atau melalui facebook cikgu di alamat email berikut anakkhas@gmail.com ( Mawar murni )

No comments:

Post a Comment