tag:blogger.com,1999:blog-65459308477053960762023-11-16T10:24:56.110-08:00Cikgu MurniKehidupan Alam Pendidikan. Blog pendidikan Bahasa Malaysia khasnya dan umumnya membincangkan tentang dunia pendidikan secara menyeluruh.Cikgu Mawar @ Cikgu Murni berpengalaman selama 8 tahun dan kini melanjutkan pelajaran di UPSI untuk mendalami ilmu pendidikan yang sangat diminati sejak di bangku sekolah.Mawar Murni Che Hanapihttp://www.blogger.com/profile/15764179540271883639noreply@blogger.comBlogger8125tag:blogger.com,1999:blog-6545930847705396076.post-57949732300271738732011-12-09T10:39:00.000-08:002011-12-09T10:39:38.680-08:00Makropengajaran dan Mikropengajaran Bahasa MelayuMikropengajaran.

Makropengajaran.

Mawar Murni Che Hanapihttp://www.blogger.com/profile/15764179540271883639noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6545930847705396076.post-26680521493827749622011-11-29T12:27:00.000-08:002011-11-29T12:27:59.615-08:00Soalan Ujian Pemahaman akhir tahun 2011 Percubaan pengajaran TMK BM melalui bloger...Sila dapatkan soalan bergambar di link berikut (klik di sini dan print soalan) hantarkan jawapan ke email cikgu di alamat berikut mawar041262@siswa.upsi.edu.my selamat mencuba. (sesiapa yang mencuba menyudahkan soalan ini dan menghantarnya kepada cikgu melalui email hadiah istimewa dari cikgu akan menyusul di awal sesi persekolahan 2012. Minta batuan ibu bapa anda jika menghadapi sebarang masalah atau terus berhubung dengan cikgu melalui facebook atau email...

BAHASA MELAYU 1 (PEMAHAMAN)

TAHUN 5

(MASA : 50 MINIT)

NAMA : ________________________ TARIKH : _____________

TAHUN : _________________________ MARKAH : _____________

Arahan Am:

Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A,B dan C atau empat pilihan jawapan A,B,C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga soalan 30

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1

Untuk soalan bergambar "KLIK"

Pada setiap petang, Ali mengayuh ____________________ ke padang.

A basikal C beca

B motosikal D sampan

2. Ana membaca __________________ yang dihantar oleh kakaknya dari luar negara

melalui internet.

A surat C mel elektronik

B poskad D telegram

3. Ibu membawa saya ke ________________ untuk mendapatkan rawatan kerana

demam.

A sekolah C pejabat

B klinik D perpustakaan

4. Ayahnya pernah bekerja sebagai _________________ di Sekolah Kebangsaan

Taman Indah.

A penyanyi C peguam

B guru D doktor

5. Suhaila dan keluarganya akan ke _________________ untuk melihat pelbagai

spesis haiwan.

A Zoo Negara C Taman Rama-rama

B Taman Burung D Taman Buaya

Soalan 6 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2

Untuk soalan bergambar "KLIK"

6. _______________________ sesak dengan kenderaan apabila orang ramai pulang

ke kampung sempena cuti sekolah.

A Lapangan Terbang Antarabangsa Subang

B Perhentian Pudu Raya

C Lebuh Raya Utara Selatan

D Stesen Bas Klang

7. Sekolah Kebangsaan Jalan Permata akan mengadakan lawatan ke _______________

untuk mengetahui sejarah silam negara.

A Istana Budaya C Muzium Negara

B Pasar Seni D Zoo Negara

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

Untuk soalan bergambar "KLIK"

8. “Bilakah _____________ akan datang ke rumah saya?”, tanya Abu kepada kawan-

kawannya.

A mereka C kalian

B saya D anda

9. ________________ perlu berhati-hati pada setiap masa semasa melintas jalan.

A Patik C Kita

B Daku D Beta

10. Saya dan Zali tinggal berjiran tetapi _______________ jarang dapat bersua

kerana kesibukkan tugas.

A kita C kalian

B kami D kamu

Soalan 11 berdasarkan Gambar 4.

Gambar 4

Untuk soalan bergambar "KLIK"

11. _____________ sekolah baru Razak. Di ___________ lah dia belajar sekarang.

A Ini ................ situ C Ini .................. sana

B Itu ............... sini D Itu ................. situ

12. Rumah ______________ terpaksa dirobohkan kerana dibina tanpa kelulusan pihak

berkuasa.

A sini C sana

B situ D ini

Soalan 13 berdasarkan Gambar 5.

Gambar 5

Untuk soalan bergambar "KLIK"

13. Suraya memanfaatkan _______________ masa yang terluang dengan membantu

ibunya membuat kerja rumah.

A bila-bila C mana-mana

B apa-apa D siapa-siapa

14. Semua pakaian ini cantik. Pilihlah _________________ yang adik suka.

A mana-mana C apa-apa

B siapa-siapa D bila-bila

15. _________________ keadaan cuaca di kawasan Pantai Timur akhir-akhir ini?

A Bilakah C Mengapakah

B Apakah D Bagaimanakah

16. Bola yang disepak adik __________________ ke dalam longkang itu.

A berjatuh C dijatuhkan

B jatuh D terjatuh

17. Golongan muda suka ________________ di pusat beli-belah itu pada hujung

minggu.

A berlepak C melepak

B lepak D melepakkan

Soalan 18 berdasarkan Gambar 6.

Gambar 6

Untuk soalan bergambar "KLIK"

18. Seekor monyet kelihatan _________________ pada dahan pokok yang rendang itu.

A gayut C berlari

B bergayutan D terduduk

Soalan 19 berdasarkan Gambar 7.

Gambar 7

Untuk soalan bergambar "KLIK"

19. Kapal itu sudah __________________ di pelabuhan negara ini.

A berlabuh C berlepas

B mendarat D bertolak

20. Budak itu sentiasa ____________________ apabila berada di jalan raya.

A berhati-hati C berangan-angan

B bersuka-sukaan D berkejar-kejaran

Soalan 21 berdasarkan Gambar 8.

Gambar 8

Untuk soalan bergambar "KLIK"

21. Beberapa helai daun pokok ___________________ apabila ditiup angin.

A berterbangan C berguguran

B bertaburan D bergerakan

22. Sampah-sarap _________________ di tepi longkang itu berbau busuk sekali.

A timbun C bertimbun

B timbunan D menimbun

Soalan 23 berdasarkan Gambar 9.

Gambar 9

Untuk soalan bergambar "KLIK"

23. Salleh ___________________ tubuhnya dengan kain kerana kesejukan.

A menambat C melilit

B membalut D mengikat

Soalan 24 berdasarkan Gambar 10.

Gambar 10

Untuk soalan bergambar "KLIK"

24. Ziana dan Wee berjalan ____________________ menuju ke sekolah.

A berundur C berlari

B berbaris D beriringan

25. Halim dan Mansur berbual ____________________ larut malam.

A kerana C supaya

B jika D hingga

26. Mereka diberi pilihan untuk duduk di sini ___________________ di sana.

A tetapi C atau

B dan D jika

27. Raju bukan sahaja seorang yang pemalu ___________________ pendiam.

A tetapi C serta

B dan D sambil

28. Ramli memakai cermin mata untuk mengatasi masalah _________________nya.

A gagap C rabun

B pekak D sakit

29. Rumah saya terletak amat _________________ dengan balai polis.

A luas C sempit

B dekat D kecil

30. Aliran air sungai itu menjadi __________________ apabila hujan lebat.

A amat deras C sangat laju

B pantas sekali D cepat nian

Soalan 31 hingga soalan 35

Kok Keong : Eh Azri! Lama betul kita tak berjumpa. Apa Khabar?

Azri : Saya sihat. Kamu pula bagaimana?

Kok Keong : Setakat ini, saya baik-baik saja. Kamu dari mana?

Azri : Saya baru balik dari bandar. Saya ke sana kerana hendak membeli buku-

buku di kedai buku. Buku rujukan Sains ini saya beli tadi. Buku rujukan

Bahasa Melayu pun ada juga saya beli. Sambil-sambil itu, saya turut

membeli beberapa alat tulis.

Kok Keong : Berapa harga untuk semua buku ini?

Azri : Harganya tidaklah mahal sangat. Lagipun kedai buku itu menawarkan

diskaun tadi.

Kok Keong : Jika begitu, beruntunglah kamu. Saya pun baru sahaja membeli buku-

buku rujukan. Kalau kamu ada masa lapang, datanglah ke rumah saya. Bolehlah kita belajar bersama-sama. Lagipun, sudah lama saya tidak mendengar cerita tentang rakan-rakan sekelas kita dahulu.

Azri : Bagus juga cadangan kamu itu. Selepas belajar, bolehlah kita berbual

panjang pula. Tetapi, ibu dan ayah kamu tidak marah nanti?

Kok Keong : Saya akan memberitahu ibu dan ayah saya untuk mendapat keizinan.

Tentu mereka tidak kisah kalau kita menelaah pelajaran bersama-sama.

Lagipun, sudah lama kamu tidak datang ke rumah saya sejak saya

berpindah sekolah.

Azri : Kalau begitu, baiklah. Nanti saya akan menelefon kamu semula.

Kok Keong : Baiklah.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

31. Di manakah agaknya Kok Keong bertemu dengan Azri?

A Di sekolah.

B Di kedai buku.

C Di rumah Azri.

D Di perhentian bas.

32. Apakah tujuan Azri ke bandar?

A Membeli alat-alat tulis.

B Pergi ke kedai buku.

C Membeli buku-buku rujukan.

D Bertemu dengan Kok Keong.

33. Azri dan Kok Keong merupakan _______________________

A rakan sekelas.

B sahabat lama.

C teman sekolah.

D teman serumah.

34. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.

A Azri ke bandar untuk membeli buku-buku rujukan dan alat tulis.

B Azri dan Kok Keong penah belajar di sekolah yang sama.

C Kok Keong turut membeli buku-buku rujukan juga.

D Kok Keong mempelawa Azri datang ke rumahnya untuk berbual-bual.

35. Rangkai kata menawarkan diskaun bermaksud _________________

A menyediakan harga baru.

B merendahkan harga tunai.

C mengurangkan harga modal.

D memberikan potongan harga.

Soalan 36 hingga soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jerit-pekik dan kesibukan orang yang lalu-lalang tidak Aizat hiraukan. Bagi Aizat, jika orang ramai, pendapatannya akan bertambah. Aizat melunjurkan kakinya yang membengkak untuk menarik perhatian orang ramai.

Beberapa keping duit syiling dan duit kertas dimasukkan ke dalam kotak. Aizat mengucapkan terima kasih. Pada masa yang sama, Aizat sentiasa memerhatikan kawasan di sekelilingnya. Dia bimbang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat datang.

Aizat tidak mahu dibawa dan ditempatkan di Rumah Kebajikan Masyarakat. Aizat pernah ditangkap dan tinggal di rumah kabajikan tersebut selama dua bulan. Oleh sebab bosan dan tidak sesuai tinggal di situ, lalu Aizat melarikan diri.

“Derma encik ..... kaki saya sakit.....” Ungkapan itu selalu Aizat ulang untuk menarik simpati. Memang ramai yang tidak suka Hassan duduk di sini, tetapi masih ramai lagi yang mudah simpati.

Sudah beberapa jam Aizat di situ. Pendapatan yang Aizat peroleh masih sedikit, baru RM 5.00. Semalam, dalam tempoh yang sama Aizat sudah memperoleh sebanyak RM12.00. “Nampaknya aku kena tunggu lagi”, bisik hatinya.

Tiba-tiba datang seorang pemuda lalu mencangkung di hadapannya. Pemuda itu menasihati Aizat supaya berdikari untuk mengubah nasibnya. “Kaki yang sakit boleh diubati, begitu juga dengan sikap malas berusaha”, kata pemuda itu.

Kata-kata pemuda itu menyedarkan Aizat. “Mengapakah aku

tidak mahu mengubah nasib dengan berusaha tanpa mengharapkan simpati?”

36. Siapakah Aizat?

A Pemuda.

B Peminta sedekah.

C Penghuni Rumah Kebajikan Masyarakat.

D Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

37. Apakah cara yang Aizat gunakan untuk menarik simpati orang ramai?

A Sikapnya yang berbudi bahasa.

B Duduk di tempat orang ramai.

C Menunjukkan kakinya yang sakit.

D Sentiasa mengucapkan terima kasih.

38. Mengapakah Aizat tidak segera pulang?

A Ingin melihat orang ramai.

B Tidak mampu berjalan dengan cepat.

C Wang kutipannya masih belum mencukupi.

D Mahu mendengar nasihat daripada pemuda.

39. Pekerjaan yang Aizat lakukan akan diteruskan selagi

A orang ramai mempunyai banyak wang.

B ramai orang melakukan kerja tersebut.

C simpati masyarakat tidak bertempat.

D orang ramai suka membantu.

40. Apa yang berlaku seterusnya kepada Aizat?

A Aizat berdikari.

B Aizat terus mengemis.

C Aizat mengikut pemuda itu pulang.

D Aizat ditempatkan di Rumah Kebajikan Masyarakat.

KERTAS SOALAN TAMAT

***SEMOGA BERJAYA***

Disediakan oleh : Pn Mawar Murni Bt Che Hanapi

Untuk soalan bergambar "KLIK" sebarang masalah hubungi cikgu mawar041262@siswa.upsi.edu.my atau melalui facebook cikgu di alamat email berikut anakkhas@gmail.com ( Mawar murni )Mawar Murni Che Hanapihttp://www.blogger.com/profile/15764179540271883639noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6545930847705396076.post-39063110038850639232011-10-28T13:49:00.000-07:002011-10-28T13:49:03.486-07:00Kata Sendi
Kata Sendi Sekolah Rendah

Latihan Kata Sendi Sek Rendah

Mawar Murni Che Hanapihttp://www.blogger.com/profile/15764179540271883639noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6545930847705396076.post-88085212004894164202011-10-28T13:41:00.001-07:002011-10-28T13:41:35.690-07:00Latihan Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa

Mawar Murni Che Hanapihttp://www.blogger.com/profile/15764179540271883639noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6545930847705396076.post-48520656805657806922011-10-28T13:34:00.000-07:002011-10-28T13:34:13.189-07:00Ayat Tanya
Jenis Jenis Ayat (Ayat Tanya Dan Penyata)

Mawar Murni Che Hanapihttp://www.blogger.com/profile/15764179540271883639noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6545930847705396076.post-67582234264697309572011-10-26T23:20:00.000-07:002011-10-26T23:20:54.544-07:00Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI)KENYATAAN AKHBAR Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM, KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK

BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:

(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).

(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.

(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.

(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

PENTAKSIRAN

(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.

(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.

Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Jadual Pelaksanaan MBMMBI dan mekanisme “soft landing” adalah seperti yang dilampirkan.

“Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita.

Kementerian Pelajaran sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti.

Satu pendekatan soft-landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas.

Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. Melalui kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara.

Rasional

• Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.

• Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

• Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

Pelaksanaan

• Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT

• Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi

• Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun

• Bermula pada tahun 2012

• Peperiksaan SPM Sains dan Matematik dalam dwi bahasa sehingga 2015

Strategi Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

• Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA

• Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid)

• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris

• Memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris

Strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia

• P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT

• Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT

• Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia

• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia

• Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris

Sumber : http://suzanalelawatty.blogspot.com

Dasar MBMMBI Murid Tahun Satu Mulai 2011

Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk melaksanakan dasar baru iaitu memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid tahap satu mulai tahun 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, murid tahun satu yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar lama.

Tambah beliau lagi, perkara ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran sains dan matematik sekiranya ia dapat disiapkan pada akhir tahun 2010, kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Menurut beliau, pelaksanaan dasar MBMMBI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula akan bermula pada tahun 2012.

Langkah itu, katanya, adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara teratur.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran menegaskan, kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu MBMMBI adalah selaras dengan keperluan negara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sumber : Kosmo online 21 oktober 2009

MBMMBI Mampu Bela Pelajar Tercicir

Keputusan kerajaan untuk mengkaji mempercepatkan pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012 mampu membela nasib pelajar sekolah rendah yang sebelum ini keciciran berikutan subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru yang menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu tidak boleh dilengahkan lebih lama kerana sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun lalu, ia memberi kesan negatif kepada pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar.

Akhbar melaporkan keputusan kerajaan mengkaji mempercepatkan pelaksanaan MBMMBI bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun berkata, pelaksanaan lebih awal itu bergantung kepada beberapa faktor termasuk bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan.

Zainal berkata, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak memberi banyak masalah kerana ia pernah dilaksanakan sebelum PPSMI diperkenalkan.

Sementara itu, Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata keputusan kerajaan itu selaras dengan kehendak pertubuhan itu yang mahu pelaksanaan dasar itu dipercepatkan.

Mereka juga ingin menggesa kerajaan supaya dasar itu dilanjutkan pula di peringkat institusi pengajian tinggi selain tidak mengabaikan usaha untuk memperkasakan bahasa Inggeris. Selain itu, ucapan pemimpin negara dan papan tanda juga perlu menggunakan bahasa Melayu.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut menyokong dasar baru itu berharap bahasa Melayu akan dijadikan teras utama dalam pembinaan gagasan 1Malaysia.

Sumber : Berita HarianMawar Murni Che Hanapihttp://www.blogger.com/profile/15764179540271883639noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6545930847705396076.post-22960878230269663132011-10-08T11:05:00.000-07:002011-10-08T11:11:39.153-07:00Bagaimana menggunakan kemudahan pages dalam Bloger.
<object height="315" width="620"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/hYF2fmYC9aw?version=3&hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/hYF2fmYC9aw?version=3&hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" width="420" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>
Mawar Murni Che Hanapihttp://www.blogger.com/profile/15764179540271883639noreply@blogger.com0Puchong, Selangor, Malaysia3.013086 101.613804099999922.941024 101.56382409999992 3.085148 101.66378409999993tag:blogger.com,1999:blog-6545930847705396076.post-4057112357866463662011-10-08T10:01:00.000-07:002011-10-08T10:03:50.429-07:00Tugasan 1c Pembangunan Blog PendidikanTugasan 1c Pembangunan Blog Pendidikan yang membawa wajaran markah sebanyak 30%.

Kriteria permarkahannya adalah seperti berikut :-

1. Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian 10%

2. Senireka blog serta daya tarikan 10%

3. Teknik serta kaedah mengajar / Teknologi yang digunakan dalam blog

seperti video,animasi dan sebagainya 10%

Jumlah 30%

Tugasan adalah secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P (jangan melalut) bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian elajaran Malaysia. Pelajar pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (blogspot). Pelajar dibenarkan memilih sendiri matapelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 30%, pelajar dikehendaki memasukan pautan URL blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama,nombor matrik dan topik masing-masing diletakan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya menintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti youtube, facebook, scribd, prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini adalah seperti yang disebutkan di atas...

Penghantaran dilakukan sebelum 12 Disember 2011 (Isnin), kaedah pengantaran adalah dengan memasukan URL blog di Forum MyGuru................Mawar Murni Che Hanapihttp://www.blogger.com/profile/15764179540271883639noreply@blogger.com0Puchong, Selangor, Malaysia3.013086 101.613804099999922.941024 101.56382409999992 3.085148 101.66378409999993